Jumaat, Februari 11, 2011

Harapan Hati

Aku hanya mahu jadi seorang yg berjaya..yg bangga dan sgt menyanyagi kerjanye..yg x kisah kalau kene kerja hingga ke larut malam hanya kerna ingin menyelesaikan kerjanya..yg aku mahukan,kepuasan dalam menyelesaikan kerja itu sendiri..aku mempunyai cita2, dan visi tentang macam mana diriku dlm 10 tahun akan datang,20 tahun akan datang, dan juga 30 tahun akan datang..mungkin selepas puas bekerja, aku ingin menjadi penceramah memberi motivasi kepada anak2 muda cmner nk berjaya..tapi langkah itu perlu aku lalui satu persatu..sepanjang bekerja mcm2 dilalui, susah senang tension gembira dan macam2 lagi..

Tapi,adakah aku betul2 minat dgn apa ku lakukan? Nk tahu jawapannya? TAK SANGAT kot..huhu..ia bukanlah bidang yg aku minat, tapi aku gagahkan demi mencari tapak untuk melangkah ke arah yg lebih baik..mungkin ini adalah langkah permulaan yg gemilang yg aku masih tak nampak mana arah tujunya..aku bersyukur aku diberi beberapa peluang untuk ke bidang yg aku minati..pertama kali aku diberi peluang, aku berasa sungguh berdebar2..rasa kalau boleh,dapat lah,jgnlah x dapat..tapi, mgkin aku belum betul2 sedia,ada bberapa perkara aku perlu asah dahulu,mgkin kerna itu aku gagal dlm percubaan pertama..kemudian, dapat pula peluang kedua..sungguh gembira rasanya..aku cuba yg terbaik, dan serahkan segalanya kepadaNya..aku x dpt tipu diriku, semasa kerja,mmg ianya menganggu.."dapat ke x ek? agak2 aku tersalah cakap ke masa tu?" itu yg kadang2 bermain di fikiran..aku cuba tidak mahu fikirkan sgt, tapi apa dayaku, aku tak boleh mengelak drpd menjadi diri sendiri..

Aku sgt2 mahukan dan harapkan aku berjaya dpt sbb ianya memberi peluang besar kepadaku untuk melangkah ke bidang yg aku sgt2 idamkan..aku mahu berjaya dlm bidang itu..kalau x dpt,adakah aku kecewa,ya aku kecewa..sudah ada peluang,tapi entah mengapa ia terlepas lagi..ya, saya baru gagal beberapa kali saja, ramai org cuba bnyak kali lagi dr aku,br berjaya..tapi,hati ini dah x tertahan,kerna itulah aku harap2 sgt aku dapat,agar aku dpt buka lembaran baru,malah ke bidang yg aku idamkan, dan hanya memikirkan untuk terus maju ke depan,mengejar cita2..dah malas nk bgn pagi, tabahkan hati, pujuk badan buat kerja betul2, dan balik rumah mencari2 lagi..ikutkan hati, nk lari saja, tapi fikirkan mase depan,keluarga, dan diri sendiri, tahan juga..dan aku bukan sendirian..ada ramai yg menyokong..terima kasih yg menyokong..moga aku terus kuat dan tabah, dan berjaya sepertimana aku idam-idamkan..

1 ulasan: